Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...
Pertama-tama saya memanjatkan kesyukuran kerana akhirnya terlaksana juga pelancaran kedai saya kat blog ni..Saya baru aje 4 bulan menjalankan bisnes online 100% online di samping bekerja sebagai surirumah. Semoga dengan adanya blog ini saya dapat memperkembangkan lagi bisnes saya di masa hadapan.Saya juga sedang merangka untuk menambah produk-produk terbaru untuk bisnes saya ini.Doakan semoga saya berjaya..Antara produk yang terdapat di blog saya ini adalah pad berherba susen, barangan lifecode, minyak kelapa dara dan insya Allah ada lagi akan saya update dari masa ke semasa ye..
Selama 4 bulan saya mengharungi pahit getir dalam menjalankan bisnes online ini.Ingin juga saya kongsi bersama untuk tatapan para pelawat blog saya."Bekerja dari Rumah" @ "work at home" sudah menjadi satu trend masa kini..Begitu juga dengan saya..Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat untuk tatapan para pelawat blog saya.
** 5 Langkah Berjaya Dalam Perniagaan
1. Bersedia hadapi risiko
Setiap perniagaan ada risikonya, tidak kira kecil mahupun besar. Sebagai usahawan, kita perlu mengkaji pelbagai risiko perniagaan yang mungkin dihadapi kelak. Tanamkan semangat yang setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian.
2. Perancangan rapi rebut peluang
Sebagai usahawan hendaklah menyusun beberapa pelan dan strategi berkesan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam perniagaan kelak. Langkah terbaik, sediakan beberapa rancangan untuk memastikan perniagaan terus berdaya saing.
3. Sedia berkorban
Jangan merungut untuk berjaya dalam perniagaan. Buat permulaan, tumpuan harus diberikan untuk memajukan syarikat. Kata orang, bersusah dulu dan senang di kemudian hari.
4. Komitmen
Bila terbabit dalam bidang perniagaan, komitmen haruslah diberikan seratus peratus. Resepi paling berguna, usahlah berputus asa dengan dugaan.
5. Semangat kuat
Semua orang tahu, diri kitalah yang menjadi musuh utama dalam mencapai kejayaan dalam perniagaan. Oleh itu, kita perlu senantiasa memastikan semangat dan motivasi diri kita di tahap yang baik
Monday, January 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)











0 comments:
Post a Comment